comscore
Tumpuan :
Nasional

Laporan Awal nahas Elmina: Fail audio, CVR pesawat dipulihkan makmal AS

PETALING JAYA: Fail audio dan kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu, berjaya dipulihkan oleh makmal di Amerika Syarikat (AS).

Makmal L3Harris Technologies di St Petersburg, Florida, AS menjalankan pemulihan CVR pada 28 Ogos lalu selepas ia gagal dipulihkan di makmal Singapura.

Artikel berkaitan: Laporan awal nahas Elmina : Kedua-dua juruterbang sihat, mendapat rehat cukup sebelum penerbangan 

Fakta itu diperjelas dalam Laporan Awal nahas Elmina yang dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT), hari ini.

Menurut laporan, fail audio daripada pesawat berkenaan yang dimuat turun kemudian diberikan kepada tiga agensi.

Artikel berkaitan: Tragedi Elmina: 30 minit rakaman terakhir pesawat diperoleh

Tiga agensi berkenaan ialah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) AS untuk dianalisis.

Pasukan itu menyemak fail audio yang diambil dan membuat kesimpulan  fail terbabit berjaya diselesai dan pemulihan data CVR kemalangan berjaya diperoleh.

Menurut laporan itu, pesawat jenis Beechcraft Premier 1 mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.

Artikel berkaitan: Laporan awal nahas Elmina: Tiada bulu burung, objek asing ditemui pada enjin kanan pesawat

Pesawat terbabit juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Laporan itu bagaimanapun, berkata pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Loading...
Terkini