comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lawatan kerja PM ke UAE raih komitmen pelaburan RM40.6 bilion

 

ABU DHABI: Hubungan istimewa Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus diperkukuh dalam pelbagai kerjasama dua hala.

Lawatan delegasi kerajaan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara teluk itu menghasilkan komitmen pelaburan bernilai RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan logistik.

Ia termasuk komitmen pelaburan RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu berkapasiti 10GW.

Datuk Seri Anwar dalam lawatannya siang tadi ke Bandar Masdar yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia memaklumkan kedua-dua negara meluluk ruang lingkup kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (MASDAR) yang bertujuan membangunkan secara bersama sektor tenaga boleh baharu di Malaysia menjelang 2025.

MOU ditandatangani antara MIDA yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifya Datuk Arham Abdul Rahman manakala MASDAR diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Muhammad Jameel Al Ramahi.

Julai lalu, Citaglobal Berhad dan anak syarikatnya turut menandatangani MOU untuk pembangunan pelbagai projek tenaga boleh baharu ke arah menambah baik dan mengukuhkan pembangunan projek ladang solar 2GW didarat dan terapung di Pahang.

Ia bagi memenuhi keperluan tenaga boleh baharu tempatan dan luar negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini