comscore
Tumpuan :
Nasional

Lawatan PM perluas kerjasama Kuala Lumpur – Hanoi

HANOI: Hubungan Vietnam dan Malaysia berkembang dengan baik dan masih ada ruang untuk memperluaskan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai menekankan kepentingan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara ini dalam temu bual dengan Agensi Berita Vietnam (VNA).

Anwar akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Vietnam bermula hari ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kunjungan itu juga lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu.

“Saya berharap lawatan ini akan dapat memacu lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya dari segi ekonomi kerana terdapat begitu banyak usaha yang boleh dilakukan. Malaysia dan Vietnam boleh bekerjasama untuk manfaat kedua-dua negara,” kata diplomat itu.

Sambil menekankan peranan komuniti perniagaan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, Yang Tai berkata, lebih banyak syarikat Malaysia akan datang ke Vietnam dan mencari peluang perniagaan.

Menurutnya, kerajaan Vietnam telah menunjukkan prestasi yang baik dalam menarik pelaburan langsung asing.

“Vietnam melanjutkan visa elektronik (e-visa) pelancong daripada 30 kepada 90 hari mulai 15 Ogos,” katanya sambil menegaskan ia contoh usaha kerajaan dalam memikat pelaburan asing.”Begitu juga Malaysia mengalu-alukan pelabur Vietnam,” katanya sambil menambah, organisasi seperti Vingroup mempunyai keupayaan untuk melebarkan sayapnya ke luar Vietnam.

Mengenai sektor kerjasama yang berpotensi, diplomat Malaysia itu berkata, pasaran halal tidak diberi perhatian sewajarnya di Vietnam.

“Semasa satu forum perniagaan yang dijadual diadakan sebagai sebahagian daripada lawatan Anwar, syarikat Vietnam akan berpeluang meneliti konsep halal,” katanya.

Beliau menegaskan, pihak Malaysia sedia untuk menawarkan bantuan membangunkan produk halal dan turut serta dalam pasaran berpotensi besar.

“Syarikat perniagaan Vietnam juga berpeluang mempelajari lebih banyak mengenai konsep halal pada acara perniagaan yang akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada lawatan Anwar,” katanya.

Menurut Yang Tai, Malaysia bersedia untuk memberikan sokongan untuk mencipta produk halal dan mengambil bahagian dalam potensi pasaran yang sangat besar. – BERNAMA-VNA

Loading...
Terkini