comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 1,000 sertai #QuranHour For Gaza

Oleh: Izzatie Rizan

SHAH ALAM: Laungan surah Al-Insan bergema di Dataran Kumpulan Karangkraf di sini, sempena program #QuranHour for Gaza yang berlangsung hari ini.

Program berinteraksi dengan Al-Quran itu disertai lebih 1000 peserta termasuk disiarkan secara langsung di media sosial demi solidariti bersama rakyat Palestin selain memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Mahaini Yusoff berkata program #QuranHour bertujuan mengembalikan fokus umat Islam untuk memahami nilai surah dalam Al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin dan Israel.

“Kita perlu reset bahawa perjuangan di Gaza atau luar Gaza bukanlah tujuan membalas dendam. Apa yang berlaku hari ini, manusia terhakis nilai kemanusiaan kerana jiwanya gelap. Surah Al- Insan memberi panduan untuk kita reset sebagai seorang manusia sebenar.

Dalam isu Palestin, kita yakin dengan janji Allah. Sabar tidak bererti kita diam. Kita di luar bumi Palestin perlu bersabar dalam membina kekuatan diri, keluarga, negara dan ummah seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata #QuranHour for Gaza menunjukkan nilai kemanusiaan yang  tinggi terhadap apa yang berlaku di Palestin.

“Dengan bermuhasabah diri, kini bina rakyat yang kuat untuk membina kerajaan yang kuat. Kita perlu pastikan mempunyai nilai abrar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan hadis,” jelasnya.

QuranHour for Gaza dengan kerjasama MyAqsa Defenders turut menampilkan Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.

Loading...
Terkini