comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 424,000 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental tahun lalu

Dr Zaliha Mustafa ketika merasmikan Karnival Segamat Sihat di Dataran Segamat, hari ini.

SEGAMAT: Lebih 424,000 kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental tahun lalu, berdasarkan laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata trend itu semakin meningkat pasca COVID-19.

Antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.

“Mereka ada masalah termasuk  dari kalangan keluarga B40 yg kadang kadang emak dan ayah terpaksa keluar bekerja mereka ditinggalkan di rumah ataupun ada juga faktor faktor dari sudut yg ke arah remaja ni ada masalah relationship dan sebagainya,” katanya.

Justeru KKM akan melakukan beberapa intervensi serta kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan.

“KKM juga ambil pendekatan turun ke padang dan memberi pendedahan mengenai kesihatan mental dan bagaimana pentingnya masyarakat perlu mengambil perhatian mengenai kesihatan mental dan bekerjasama membantu mengatasi masalah ini,” katanya
selepas merasmikan Karnival Segamat Sihat, di Dataran Segamat, dekat sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena karnival berkenaan antaranya larian minda sihat, fun ride, senamrobik, pameran dan saringan kesihatan percuma.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini