comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 70 peratus aset 1MDB sudah dapat kembali – SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. – FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion setakat ini sudah berjaya dikembalikan oleh kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata ia adalah satu kejayaan besar buat negara hasil kerjasama SPRM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Beliau berkata, pengesanan baki aset 1MDB masih lagi diteruskan dan ia tidak akan dihentikan.

“Kita akan usahakan sebaik mungkin untuk kembalikan wang yang telah dicuri ini kepada negara.

“Duit yang hilang sebenarnya RM42 bilion, jadi kalau kita tengok dapat pemulangan dalam RM28.3 bilion. Baki 30 peratus kita cuba dapatkan balik secepat mungkin,” katanya hari ini.

Loading...
Terkini