comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lebuhraya DUKE setuju laksana sistem bayaran tol terbuka

 

FOTO: DUKE Highway

PETALING JAYA: Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata persetujuan itu menjadikan jumlah lebuh raya  terlibat dalam pelaksanaan sistem itu kepada 12 lebuh raya yang dijangka bermula September 2023.

Katanya lebuh raya terlibat termasuk Lebuhraya Sungai Besi, Lebuh raya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth–Kulim, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

Beliau memaklumkan Lebuhraya DUKE juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya di dalam negara.

“Seperti yang diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

“Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada kerajaan, syarikat konsesi serta pihak terlibat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan segala isu-isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF ini kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Saya memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini, sekali gus memastikan transisi MLFF ini dapat dilaksanakan,” katanya.

Loading...
Terkini