comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki bogel tersangkut atas pokok setinggi 20 meter

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman tersangkut pada pokok setinggi 20 meter di Seberang Jaya. – Foto ihsan JBPM

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berbogel dipercayai kurang siuman diselamatkan anggota bomba selepas lebih sejam terperangkap di atas pokok setinggi kira-kira 20 meter, di Seberang Jaya, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.08 pagi semalam berhubung insiden berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati lelaki terbabit berada di atas pokok tanpa pakaian dan usaha menurunkannya segera dilakukan.

“Pihak bomba menggunakan tangga untuk menurunkan mangsa dan lelaki itu berjaya diturunkan semula dalam keadaan baik.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu tular gambar lelaki berkenaan di media sosial yang dikatakan memanjat pokok terbabit sehingga mengejutkan orang awam yang melalui jalan itu.

Menerusi gambar tular, lelaki itu dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan berdasarkan pakaian yang dipakainya selepas berjaya diselamatkan bomba.

Loading...
Terkini