comscore
Tumpuan :
Nasional

3 warga emas melecur, seorang sesak nafas 

Foto: Ihsan JBPM

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki termasuk seorang wanita warga emas melecur anggota badan dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang lagi lelaki warga emas turut dilaporkan sesak nafas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, semua mangsa terbabit berusia lingkungan 70-an.

Katanya, anggota bomba tiba di lokasi jam 2.53 pagi untuk operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

Foto: Ihsan JBPM

“Terdapat empat mangsa terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang mana tiga didapati melecur pada anggota badan manakala seorang lagi sesak nafas.

“Dua mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa ketiga dan keempat pula diberikan rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum turut dibawa ke HBM untuk rawatan lanjut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini