comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki buat panggilan palsu ancaman bom di AEON Klebang ditangkap

 

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan palsu ancaman bom di pusat beli-belah AEON Mall Klebang, Chemor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan tersebut ditahan pada 9.30 malam tadi di kawasan Tasek, dekat sini.

“Suspek dipercayai bertanggungjawab berdasarkan pengakuan dikumpul dan peranti komunikasi yang digunakan untuk membuat panggilan palsu. Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek kes dianggap selesai.

“Pemeriksaan di seluruh premis tidak menemukan sebarang objek meragukan. Kawasan bangunan disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula pukul 10.30 malam tadi,” katanya.

Semalam, bangunan itu terpaksa dikosongkan dan dihenti operasi selepas pekerja premis menerima panggilan ancaman bom kira-kira 5.30 petang.

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dibantu pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan tersebut. – BERNAMA

Loading...
Terkini