comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Lelaki ditemui lemas ketika jala ikan

FOTO: NSTP

SARIKEI: Seorang lelaki, dikenali sebagai Willie Tedung, 37, ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Pedanum, Pakan, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Pegawai Penguasa Bomba (PPgB), Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.20 tengah hari dengan menggerakkan anggota ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama tiga rakan sedang menjala ikan dan didapati jala yang digunakan telah tersangkut pada kayu di dasar sungai.

“Kemudian mangsa menyelam untuk menarik jala yang tersangkut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada mulanya mangsa berjaya naik ke atas setelah membuat selaman sebanyak dua kali, namun pada selaman kali ketiga mangsa tidak timbul.

“Rakan mangsa telah memaklumkan perihal kejadian kepada orang kampung dan isteri mangsa terus membuat panggilan berkenaan kehilangan mangsa.

“Pasukan bomba menggunakan teknik pencarian di permukaan air dan ‘skin dive’ serta menggunakan ‘Grappling Iron’ untuk mencari mangsa,” katanya.

“Mangsa berjaya ditemui lima meter dari tempat mangsa kali terakhir dilihat dam diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR tamat sepenuhnya jam 6 petang, turut berada di lokasi kejadian untuk menyertai operasi SAR ialah dua anggota polis, seorang anggota Rela dan 20 orang penduduk kampung,” katanya.

Loading...
Terkini