comscore
Tumpuan :
Nasional

Disangka bangkai binatang rupa-rupanya mayat wanita

Oleh: Selwam Arjunan

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki menerima kejutan apabila menemukan mayat wanita terapung dalam kolam di Pokok Machang, di sini, selepas menyangka ia bangkai binatang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie berkata pihaknya menerima panggilan daripada individu berkenaan pada jam 6.50 petang semalam.

“Pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama pasukan forensik serta foto ke lokasi mayat dijumpai dan menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Saksi yang menjumpai mayat tersebut telah ternampak satu objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap dalam kolam.

“Apabila didekatinya dia mendapati objek tersebut adalah badan manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati mayat adalah wanita dewasa.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Kes diklasifikasikan sebagai maut mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Loading...
Terkini