comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di Siburan

SIBURAN: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan unit dihuni mereka di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Batu Gong di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa yang berusia  40-an dan belum dikenalpasti identitinya ditemui rentung selepas api dipadamkan sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 11.02 pagi .

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dibantu tujuh anggota dari BBP Batu Lintang terlibat dalam operasi pemadaman.

 

” Komander Operasi melaporkan kebakaran berlaku di bilik tidur utama yang musnah 100 peratus dan berlaku kerosakan 80 peratus pada struktur rumah akibat letupan.

“Satu mayat mangsa yang rentung ditemui dalam rumah berkenaan selepas api dapat dipadamkan sepenenuhnya,” katanya.

Mayat mangsa  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian ini, isteri mangsa turut mengalami sesak nafas sementara seorang lagi wanita cedera di tangan kerana terkena kaca akibat letupan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini