comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki Indonesia maut dipercayai dibaham harimau

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai maut selepas dibaham harimau dalam kejadian di Hutan Simpan, Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto, di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa yang juga penoreh getah ditemui rakan sekerja mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati mangsa disedari hilang dan tidak pulang ke rumah sejak kelmarin dan rakan-rakannya bertindak mencari mangsa di kawasan berdekatan.

Katanya, usaha mencari diteruskan pagi tadi dan mereka telah menjumpai kaki mangsa manakala sebahagian badannya ditemui 300 meter dari lokasi penemuan pertama.

Keadaan hutan yang curam menyebabkan usaha membawa keluar mangsa agak sukar kerana perlu berjalan kaki sejauh 30 minit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini