comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut dipercayai tertembak ketika memburu

KUCHING: Seorang lelaki maut dipercayai ditembak secara tidak sengaja oleh rakannya ketika aktiviti memburu babi hutan, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sungai Baradek di sini, semalam.

Mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah dalam satu kenyataan malam tadi berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu itu pada jam 11.48 pagi semalam.

“Susulan itu polis menahan rakan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Polis turut merampas selaras senapang patah yang dipercayai digunakan semasa kejadian itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan dan seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini