comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut jatuh dari tingkat 13 hotel di Batu Pahat

FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah hotel di Jalan Bakau Chondong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan meniarap atas jalan bawah hotel terbabit.

Katanya, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 3 petang memaklumkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di belakang bangunan terbabit dengan lelaki itu ditemui dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Ismail berkata, identiti mangsa belum diketahui namun pihaknya percaya lelaki itu warga tempatan berdasarkan suntikan BCG pada lengan kiri.

Jelasnya lagi, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini, untuk tujuan bedah siasat.

“Daripada siasatan dijalankan, polis tidak mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kes ini, dengan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini