comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, kereta terbabas di Jambatan Pulau Pinang

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya setelah kereta dipandunya merempuh pembahagi jalan dan terbabas di Jambatan Pulau Pinang, tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Suhaiman Jamal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam dan jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, pemeriksaan mendapati kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dipercayai akibat melanggar pembahagi jalan di arah Perai menghala ke bahagian pulau.

Kemalangan tidak membabitkan kenderaan atau mangsa lain.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa lelaki berusia 20-an tersepit di bahagian pemandu akibat rempuhan.

“Anggota bomba mengeluarkannya dalam masa 9 minit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini