comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, terjatuh ketika pasang atap genting

Foto Ihsan IPD Alor Gajah

ALOR GAJAH: Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tempat tinggi di tapak pembinaan chalet di Jalan Pasir Gembor, Masjid Tanah, di sini, petang semalam.

Mangsa, Siri Sidi, 61, disahkan meninggal dunia jam 4.51 petang, kira-kira dua jam selepas dikatakan terjatuh dari ketinggian 3.048 meter.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu pihaknya dihubungi orang awam memaklumkan kejadian itu pada jam 3 petang.

“Siasatan awal mendapati sewaktu kejadian mangsa sedang menyusun atap genting pada ketinggian kira-kira 10 kaki (3.048 meter) dan tiba-tiba terjatuh hingga cedera di bahagian kepala.

“Semasa ditemui mangsa dalam keadaan sedar serta masih bernyawa dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans dari Klinik Kesihatan Lubok China untuk rawatan.
“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.51 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Arshad setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa akan dibuat pagi ini.

Loading...
Terkini