comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki melecur ketika selamatkan diri dalam kebakaran

KLANG: Seorang lelaki melecur teruk di bahagian badan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah sewa satu tingkat di Jalan Rebung Bukit Kapar, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Yazli Yahya berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Sg Pinang dan Kota Raja dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam  5.21 pagi.

 

Katanya, dua penghuni rumah berkenaan warga tempatan, sempat keluar menyelamatkan diri  sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

”Semasa kejadian terdapat dua lelaki dewasa di rumah tersebut bertindak keluar menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai di lokasi. Seorang mangsa mengalami cedera melecur anggaran 45 peratus dan satu mangsa lagi tidak mengalami kecederaan”, katanya.

Kebakaran menyebabkan rumah berkenaan musnah sehingga 60 peratus.

Api dapat dikawal kira-kira jam 5.40 pagi.

Mangsa yang cedera dihantar ke  Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Loading...
Terkini