comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki pukul pemandu wanita akan direman esok

 

Foto: Video tular

BAYAN LEPAS: Akibat tidak berpuas hati, seorang lelaki yang juga penunggang motosikal bertindak memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar, dalam kejadian di Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung di sini, semalam.

Insiden berkenaan turut tular menerusi video berdurasi 14 saat yang dimuat naik pemilik akaun Twitter ‘Nan Manjoi8715 sebelum dikesan polis pada jam 9.13 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal tidak berpuas hati dengan pemandu kereta berkenaan yang menyebabkan kemalangan.

Katanya, kejadian itu mendorong suspek mencederakan wanita berkenaan menggunakan topi keledar.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi talian 04-8662222 bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini