comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jambatan kedua Pulau Pinang sesak teruk akibat kemalangan

PULAU PINANG: Satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Pulau Pinang tular sejak pagi tadi.

Pelanggaran berlaku di laluan menghala Batu Maung itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Berdasarkan rakaman orang awam, insiden sekitar jam 11.14 pagi itu membabitkan sebuah lori dan sebuah kereta di Kilometer 18.0 arah Barat, dari Batu Kawan.

@buletintv3

Kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Georgetown. Berita lanjut menyusul. #beritaditiktok #buletintv3 #kemalangan #jambatanpulaupinang

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Difahamkan, kereta berkenaan mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan sebelum dirempuh sebuah lori dari arah sama.

Rakaman juga menunjukkan keadaan kenderaan remuk teruk manakala bahagian belakang lori berada di atas jalan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya memaklumkan insiden berkenaan menyebabkan trafik sesak sejauh 1.5 kilometer.

Sehingga kini, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini