comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki terkejut Shotgun, 200 peluru miliknya hilang

Foto hiasan

TAMPIN: Seorang lelaki terkejut apabila senjata api jenis ‘shotgun’ miliknya bersama 200 peluru hilang selepas rumahnya di Kampung Air Kuning Selatan, di sini, dipecah masuk semalam.

Kejadian dikatakan berlaku antara jam 2.30 petang hingga 8 malam ketika pemilik rumah yang berusia 60 tahun itu tiada di kediamannya kerana keluar ke Gemas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 9.51 malam tadi selepas pemiliknya menyedari rumahnya dipecah masuk.

“Kami menerima laporan kejadian pecah rumah dan mengakibatkan kehilangan selaras senjata api jenis Shotgun 12 Bore. Turut hilang 200 butir peluru 12 bore dan seunit peti simpanan senapang.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pemiliknya keluar ke Gemas, sebelum pulang dan mendapati senjata berkenaan hilang,” katanya melalui kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini