comscore
Tumpuan :
Nasional

Letusan Gunung Ruang: Batik Air batal 12 penerbangan

KUCHING: Batik Air mengumumkan pembatalan 12 penerbangan pergi dan balik yang dijadualkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan di Gunung Ruang, Indonesia.

Batik Air dalam kenyataan memaklumkan syarikat penerbangan itu memahami akan kesulitan yang mungkin timbul dan memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka tetap menjadi keutamaan.

Syarikat penerbangan itu akan memantau keadaan dengan teliti dan memaklumkan apa jua maklumat terkini mengenai jadual penerbangan mereka dari dan ke destinasi yang terjejas, secara terus kepada penumpang.

“Selain itu, maklumat yang telah dikemas kini boleh diakses melalui laman web dan saluran media sosial kami. Sementara itu, pihak syarikat sedang giat membantu penumpang yang terjejas dengan mengatur penerbangan alternatif.

“Syarikat menghargai pemahaman dan kerjasama anda sepanjang tempoh yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.

Penerbangan Batik Air yang dibatalkan hari ini ialah OD 1002 (KUL-BKI), OD1003 (BKI-KUL), OD1006 (KUL-BKI), OD1007 (BKI-KUL), OD1632 (KUL-KCH), OD1633 (KCH-KUL), OD1636 (KUL-KCH), OD1637 (KCH-KUL), OD1900 (KUL-TWU), OD1901 (TWU-KUL), OD1906 (KUL-SBW) dan OD1907 (SBW-KUL).– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini