comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima kenderaan dan sebuah kren terbabit kemalangan di Jerantut

Foto: NSTP

JERANTUT: Lima kenderaan dan sebuah kren terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Jerantut–Temerloh berdekatan simpang masuk ke Kolej Komuniti, dekat sini. petang tadi.

Bagaimanapun, ketika nahas jam 6.15 petang itu, hanya seorang pemandu kereta Honda CRV yang bersendirian cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Proton Exora keluar dari simpang Taman Wawasan (berdekatan kedai tayar di Kolej Komuniti menghala ke Temerloh.

“Tiba-tiba datang sebuah Honda CRV dari arah belakang menghala ke arah sama merempuh belakang Proton Exora menyebabkan Proton Exora hilang kawalan dan melanggar kren Kobelko yang diparkir di tepi jalan hadapan kedai tayar.

“Honda CRV turut hilang kawalan, terbabas, berpusing ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Proton Waja yang datang dari arah Temerloh,” katanya di sini, hari ini.

Zukri berkata, pada masa sama, Toyota Harrier yang datang dari arah Temerloh cuba mengelak ke kiri daripada melanggar Honda CRV itu dan melanggar kereta Toyota Camry yang berada di kepala simpang keluar (sebelah kiri) dari Restoran Kopi Putih.

“Semua pemandu dan penumpang semua kenderaan tidak mengalami kecederaan,” katanya sambil menambah kemalangan itu diklasifikasikan kes mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

Sementara itu, Komander Operasi, Osman Malek, berkata sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut serta sebuah jentera digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Katanya, setiba di lokasi, bomba mendapati seorang pemandu Honda CRV mengalami kecederaan akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini