comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima kereta musnah, premis jual kenderaan terbakar

Kebakaran yang berlaku di sebuah kedai menjual kereta di Jalan Bundusun, Penampang menyebabkan lima kenderaan dan sebuah kontena musnah dijilat api. – FOTO: Ihsan pembaca.

PENAMPANG: Lima kereta musnah dalam kebakaran di sebuah premis menjual kenderaan di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang.

Seramai 36 anggota termasuk pegawai bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba berusaha memadamkan api dalam kejadian kebakaran sebuah kedai menjual kereta di Jalan Bundusan, Penampang. – FOTO: NSTP

“Kebakaran membabitkan sebuah kedai kereta jenis tidak kekal terbakar 80 peratus. Turut musnah terbakar lima kenderaan dan sebuah kontena.”

Menurut Riki Mohan Singh, operasi terkawal pada jam 7.10 malam dan tamat sepenuhnya jam 9.43 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini