comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lima sekeluarga jadi mangsa kejadian pokok tumbang di Taman Kinrara

 


PUCHONG: Lima sekeluarga menjadi mangsa dalam kejadian pokok tumbang berhampiran Plaza PK Taman Kinrara petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Puchong ketika dihubungi Buletin TV3 sebentar tadi.

Jelasnya, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami kesemua mangsa.

Difahamkan, kesemua mereka menaiki kenderaan jenis Honda City sebelum dihempap pokok dalam kejadian itu.

Terdahulu, tujuh kenderaan rosak selepas dihempap pokok dalam kejadian pokok tumbang susulan hujan lebat berhampiran Taman Kinrara pada awal petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, panggilan berhubung kejadian diterima kira-kira jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadin.

Ketika ini, kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang masih dijalankan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini