comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hampir 200 bekas guru dan pelajar hadir majlis ‘reunion’ Sekolah Menengah Sultan Sulaiman

KUALA TERENGGANU: Seramai 22 bekas guru dan 153 pelajar sesi persekolahan tahun 1976 hingga 1980 Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu disatukan dalam majlis ‘reunion’ yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Ini kali keenam majlis seumpamanya dianjurkan sejak 2012 bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan bekas guru mereka.

Semua bekas guru terbabit telah lama bersara dan berusia dalam lingkungan 70an dan 80an. Kebanyakan mereka menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Seorang daripada bekas guru yang hadir Mohd Nordin Mohd Abdullah berkata, beliau gembira dapat berjumpa dengan bekas pelajar dan rakan guru seangkatan dengan beliau.

Antara bekas guru dan pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu yang hadir di majlis ‘reunion’ di Kuala Terengganu baru-baru ini.

“Kami tidak berjumpa lebih 40 tahun, Alhamdulillah kami dapat berjumpa hari ini”, katanya.

Seorang lagi bekas guru, Fong Yap Chye berkata beliau turut gembira dan menghargai usaha anak murid beliau menganjurkan program berkenaan.

“Mereka pun sudah berumur, kita cikgu-cikgu pun lagilah sudah meningkat usia, ada yang 70 tahun lebih, memang banyak terima kasih kepada murid atas majlis ‘reunion’ ini”, kata beliau.

Sementara itu, bekas pelajar yang juga penyelaras program, Fatimah Othman berkata beliau sangat terharu dapat mengumpulkan semua bekas guru dan pelajar di majlis berkenaan.

“Diharap pada masa akan datang kami lebih bersedia untuk menjemput lebih ramai pelajar dan cikgu, walaupun kita tahu setengah cikgu sudah ada yang meninggal dunia, begitu juga dengan pelajar”, ujarnya.

Loading...
Terkini