comscore
Tumpuan :
Nasional

Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC terhadap Grab

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan denda RM86.8 juta yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap Grab Holdings Inc dan dua anak syarikatnya.

Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan syarikat perkhidmatan e-hailing berkenaan bagi mencabar cadangan denda terbabit.

Wan Ahmad Farid dalam penghakiman berkata keputusan cadangan mengenakan denda oleh MyCC itu, dicemari ketidakpatuhan prosedur dan melanggar prinsip keadilan semula jadi.

Susulan itu, hakim mengeluarkan perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan cadangan oleh MyCC termasuk cadangan mengenakan denda terhadap Grab.

Hakim bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung ganti rugi kerana menurutnya Grab Holdings gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawa ada unsur niat jahat (mala fide) di pihak MyCC berhubung keputusan cadangan itu.

MyCC membuat cadangan denda itu kerana mendakwa Grab menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandunya bagi menghalang mereka mempromosikan pesaing syarikat itu di platform e-hailing.

Loading...
Terkini