comscore
Tumpuan :
Nasional

Majikan sektor swasta boleh gantikan cuti Awal Muharam pada Isnin 8 Julai 2024 – JTKSM

Foto hiasan

PETALING JAYA: Majikan sektor swasta yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pekerja dan memilih cuti Awal Muharam sebagai hari kelepasaan am boleh menggantikan cuti tersebut pada hari Isnin, 8 Julai 2024.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam satu kenyataan media hari ini.

“Awal Muharam telah diisytiharkan sebagai salah satu Cuti Kelepasan Am 2024 yang jatuh pada 7 Julai 2024 (Ahad).

“Oleh yang demikian, mana-mana majikan sektor swasta yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pekerja dan memilih cuti Awal Muharam sebagai hari kelepasan am hendaklah menggantikan cuti Awal Muharam tersebut pada hari Isnin, 8 Julai 2024 sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955,” jelas kenyataan tu.

Manakala di Pulau Pinang pula, jelas JTKSM majikan sektor swasta boleh menggantikan hari Isnin dan Selasa sebagai hari cuti Awal Muharam dan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia.

“Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia pada tarikh yang sama.

“Bagi majikan sektor swasta yang beroperasi di Pulau Pinang dan memilih kedua-dua cuti berkenaan sebagai cuti kelepasan am syarikat (cuti Awal Muharam dan Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia) hendaklah menggantikan cuti-cuti tersebut pada hari Isnin (8 Julai 2024) dan Selasa (9 Julai 2024),” jelas JTKSM lagi.

Walau bagaimanapun, majikan juga boleh menggantikan kedua-dua cuti tersebut pada hari lain atas persetujuan pekerja sebagaimana diperuntukkan dibawah Seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini