comscore
Tumpuan :
Nasional

Majlis rumah terbuka Aidilfitri SUK Melaka esok dibatalkan

MELAKA: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari yang dijadualkan esok, dibatalkan.

Maklumat daripada pejabat SUK hari ini, memaklumkan pembatalan itu susulan kematian Zaidi, pagi tadi.

“Majlis yang sepatutnya diadakan esok terpaksa dibatalkan. Persiapan memang sudah dibuat, tetapi perancangan Allah SWT mengatasi segalanya,” kata seorang pegawai di pejabat SUK ketika dihubungi.

Majlis rumah terbuka Aidilfitri itu dijadualkan bermula jam 12 tengah hari esok, dan jemputan juga sudah dibuat pada penghujung Ramadan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini