comscore
Tumpuan :
Nasional

Makanan panas sudah dikembalikan secara beransur-ansur oleh Malaysia Airlines

PETALING JAYA: Hidangan panas secara beransur-ansur sudah kembali dihidangkan Malaysia Airlines untuk beberapa sektor selepas menerima peralatan tambahan untuk penyediaan makanan dalam pesawat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi laman Facebook miliknya berkongsi gambar hidangannya ketika mengambil penerbangan Malaysia Airlines ke Kuching untuk menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya sambutan Hari Malaysia malam ini.

Beliau berkata, sudah tentu hidangan ‘signature’ MH iaitu satay juga disediakan untuk kelas perniagaan.

“Untuk makluman, hidangan makanan panas sudah dikembalikan secara beransur-ansur untuk beberapa sektor termasuk KL-Kuching.

“Bagaimanapun, segala kesulitan yang masih dihadapi dalam penerbangan-penerbangan lain amatlah dikesali dan pihak Malaysia Airlines akan berusaha untuk memulihkan keadaan secara sepenuhnya secepat mungkin,” ujarnya.

Loading...
Terkini