comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia Airlines kini penerbangan rasmi Manchester United

Foto: Malaysia Airlines/ Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai syarikat penerbangan komersil rasmi kelab itu.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, berkata melalui perkongsian ini, Malaysia Airlines bersedia untuk melebarkan Hospitaliti Malaysia yang terkenal kepada lebih 1.1 bilion peminat Manchester United dan pengikut di seluruh dunia.

Ia juga bagi memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai, di samping menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman mendalam membabitkan kedua-dua jenama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perkongsian di antara syarikat penerbangan nasional itu dengan Manchester United di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Izham berkata MAS menunggu peluang yang mengujakan susulan kerjasama ini dan keceriaan yang akan diberikan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliances and Partnerships Manchester United, Victoria Timpson, yang turut berucap pada majlis itu berkata Manchester United telah menjalin hubungan baik dan sudah lama terjalin dengan Malaysia, dengan  sokongan yang penuh bersemangat dari seluruh negara.

“Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia, dengan cawangan di Kuala Lumpur mempunyai antara komuniti penyokong terbesar kelab itu, mencerminkan minat negara terhadap United,” katanya.

Beliau berkata kelab itu berbesar hati untuk menyambut baik kehadiran MAS dalam keluarga rakan kongsinya dan tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat di seluruh dunia mengenai perkhidmatan syarikat penerbangan itu yang dipercayai, mesra dan suka menerima tetamu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini