comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Juara-Juara: Penyingkiran awal memalukan buat United

UNITED tamatkan saingan di kedudukan tercorot dalam peringkat kumpulan. – FOTO REUTERS

MANCHESTER : Manchester United tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas 0-1 di tempat sendiri sendiri kepada Bayern Munich, awal pagi tadi.

Kingsley Coman menyumbat gol tunggal pada minit ke-70, sekali gus menyaksikan United tidak berpeluang sekurang-kurangnya meneruskan saingan dalam Liga Europa.

Bayern Munich meraikan kemenangan ke atas United – FOTO REUTERS

Penyingkiran awal yang memalukan daripada pertandingan elit Eropah meningkatkan tekanan buat pengurus Erik ten Hag ketika United turut menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Harapan United dalam Liga Juara-Juara sudah lama terjejas  apabila mereka gagal menang tiga daripada empat perlawanan menentang Copenhagen dan Galatasaray.

Sementara itu, Copenhagen menundukkan Galatasaray 1-0 awal pagi tadi untuk menyertai Bayern pada pusingan 16 terakhir dengan kelab gergasi Turkiye itu berada di tangga ketiga dan layak ke Liga Europa.

Loading...
Terkini