comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia gesa gencatan senjata di Gaza

Perdana Menteri (kanan) berkongsi foto ketika pertemuan beliau bersama Ismail Haniyeh sebelum ini. – FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa gencatan senjata serta-merta dilaksanakan di Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar melalui perbualan telefon bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, semalam.

Beliau turut menyatakan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Saya berhubung melalui telefon bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Mengambil kira situasi yang teruk di Gaza, saya sangat menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.

“Selain itu, penting juga bagi Israel untuk mengenepikan sikap mereka terhadap politik perampasan, selain gencatan senjata serta-merta dengan Hamas dan benar-benar berusaha ke arah resolusi keamanan untuk menamatkan konflik yang berterusan,” katanya melalui Facebook, hari ini.

Perdana Menteri melalui hantaran sama berkata, adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis yang berlaku.

“Dalam semangat ini, kami komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan mereka yang memerlukan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini