comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia negara kelima teratas dunia paling banyak buang plastik dalam laut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam kedudukan 10 negara teratas di dunia paling banyak membuang sisa plastik ke dalam laut, hasil kaji selidik sebuah entiti diberi nama Utility Bidder, iaitu pihak pembekal perkhidmatan keperluan tenaga di United Kingdom (UK).

Kaji selidik itu mendapati, Malaysia membuang kira-kira 2.29 kilogram (kg) plastik seorang setiap tahun, ke dalam laut.

Dalam carta 10 teratas itu, hanya Filipina dan Malaysia negara dari blok Asia Tenggara, manakala lain-lain dari rantau Afrika dan Amerika Selatan.

Mengikut kajian berkenaan, Malaysia berada pada kedudukan kelima, di belakang Saint Lucia (keempat), Trinidad dan Tobago (ketiga), Suriname (kedua) dan Filipina (pertama).

Filipina yang berada di tangga teratas membuang sampah, iaitu 3.30 kg seorang setiap hari ke dalam laut, diikuti Suriname terletak di benua Amerika Selatan (2.89 kg); Trinidad and Tobago (2.55 kg) dan Saint Lucia (2.45 kg).

UK menduduki tempat ke-92 daripada 138 negara yang diprofilkan, dengan 0.01 kg plastik setiap orang setiap tahun dibuang ke laut.

Selain sampah plastik dibuang sehingga mengundang pencemaran alam sekitar, kebanyakan negara bertindak mengeksport sisa buangan itu, antaranya Slovenia.

Mengikut statistik kajian dijalankan, seorang individu di negara itu mengeksport sebanyak 62.58 kg plastik pada 2021 dan 130,000 tan mengambil kira jumlah keseluruhan.

Rumusan kaji selidik sama mendapati, isu pembuangan sisa plastik ke dalam laut sangat menggusarkan kerana ia sudah pun mengancam hidupan laut.

Justeru, banyak negara di seluruh dunia sedaya upaya cuba untuk membendung masalah ini, dengan menekankan kepentingan kitar semula.

Antara dicadangkan untuk ‘membanteras’ pencemaran sisa plastik adalah dengan mempraktikkan budaya guna semula botol, cawan dan beg plastik.

Loading...
Terkini