comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia-Pakistan setuju teroka ruang perhebat hubungan perdagangan, pelaburan – PM

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Malaysia dan Pakistan mahu meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dizahirkan setelah beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, malam tadi, yang turut mahu hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.

“Perdana Menteri Pakistan turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.”,katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata, beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

“PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin.”Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah,” katanya lagi.

Bulan lalu, Parlimen Pakistan memilih Shehbaz Sharif sebagai Perdana Menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua.

Shehbaz ialah adik kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini