comscore
Tumpuan :
Nasional

“Malaysia Tidak Berdepan Krisis Ekonomi” – Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak berdepan atau menuju ke arah krisis ekonomi atau kewangan walaupun dilanda beberapa cabaran, berpunca daripada faktor luaran di luar kawalan kerajaan.

Menegaskan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata keadaan ekonomi dan sistem kewangan negara ketika ini jauh berbeza, berikutan pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan selepas krisis kewangan Asia yang dihadapi pada 1997 dan 1998.

Katanya, negara mempunyai struktur ekonomi domestik yang pelbagai, disokong sistem kewangan bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh.

“Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan kini mempunyai pelbagai ekonomi serta lebihan akaun semasa, didorong eksport yang pelbagai.

“Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif. Jumlahnya adalah RM3 bilion pada suku tahun pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang bertanya sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai ringgit menjunam berbanding dolar AS, kadar inflasi yang kian genting serta hutang Kerajaan Persekutuan yang kian meruncing. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini