comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Vietnam setuju tingkat kerjasama atasi isu pencerobohan perairan negara

SAN FRANCISCO, AMERIKA SYARIKAT: Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi mengatasi isu pencerobohan perairan negara oleh nelayan Vietnam.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mematuhi kod tatalaku Laut China Selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec Ke 30 di sini hari ini.

Isu pencerobohan nelayan Vietnam telah mengakibatkan negara kehilangan hasil laut dianggarkan lebih 70 bilion ringgit sejak 2010.

Malaysia telah mengambil tindakan tegas termasuk menenggelamkan bot rampasan untuk dijadikan tukun tiruan.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama serta perdagangan dua hala.

Vietnam meminta Malaysia membantu kemasukan produk halal daripada negara itu dan bekerjasama dalam pensijilan halal.

Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri turut menjemput Presiden Vietnam mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan.

Loading...
Terkini