comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang

Foto hiasan

KOTA TINGGI: Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga, setakat jam 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

“PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air.- BERNAMA

Loading...
Terkini