comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 114 orang

Keadaan banjir di Kampung Tengah Brunei di Membakut. FOTO: KRT Kg Brunei Satu / Facebook

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di daerah Membakut meningkat kepada 114 orang daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 100 orang daripada 40 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka dipindahkan ke PPS Dewan Selagon, Beaufort.

“Hujan berterusan di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan jumlah mangsa dipindahkan pagi ini menunjukkan trend meningkat malam ini,” menurut kenyataan itu.

Tujuh kawasan hotspot banjir ialah Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru, Jalan Balai Polis dan Kampung Tengah Brunei.

Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini