comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 2,632, Pasir Mas paling ramai

KOTA BHARU: Setakat 9 pagi ini, mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,632 berbanding 1,947 malam tadi.

Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dibuka.

Semua mangsa daripada 799 keluarga itu ditempatkan di 14 PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan Tanah Merah.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas adalah paling ramai iaitu 2,370 orang daripada 715 keluarga yang berada di 10 PPS.

Kenderaan mengharung banjir di jalan utama Kampung Sri Sentosa, Bachok. Foto: NSTP

Mangsa banjir di Bachok adalah 221 orang daripada 70 keluarga berada di dua PPS, diikuti 22 orang daripada sembilan keluarga di satu PPS di Tanah Merah dan 19 mangsa daripada lima keluarga di satu PPS di Kota Bharu, manakala satu PPS di Machang ditutup sepenuhnya pagi ini.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.33 meter (m) berbanding paras normal 5m.

Dua lagi sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan bacaan 2.22m berbanding paras normal 0.7m dan Sungai Golok di empangan Bukit Kwong Rantau Panjang dengan bacaan 17.26m.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini