comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Kelantan makin buruk, jumlah mangsa cecah 1,741 orang

Kediaman di Taman Perumahan Desa Wira Jaya, Lubok Jong dilanda banjir. – Foto: NSTP

KOTA BHARU : Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 1,741 orang daripada 556 keluarga setakat jam 8 malam ini berbanding  655 orang daripada 207 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah dan Machang.

Di Pasir Mas, sebanyak enam PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang yang menempatkan 425 orang daripada 142 keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang (573 orang daripada 197 keluarga) dan SMK (Agama) Lati yang menempatkan 88 orang daripada 23 keluarga.

Tiga lagi PPS ialah SK Gual Periok (menempatkan 262 orang daripada 73 keluarga), Masjid Mukim Padang Licin (46 orang daripada 12 keluarga) dan SK Latih (53 orang daripada 15 keluarga).Di Bachok, SMK Beris Panchor dan SK Jelawat pula menempatkan 221 orang daripada 70 keluarga manakala sebuah PPS di jajahan Kota Bharu iaitu SK Pangkal Kalong menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga.

Dua PPS turut dibuka Tanah Merah iaitu jajahan terbaharu yang terkesan banjir dengan 42 mangsa daripada 16 keluarga berlindung di SK Kelewek dan Balai Raya Padang Kijang.Di Machang, 12 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Pulai Chondong.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini