comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa ke-4 nahas kereta dengan lori di Lebuh raya PLUS meninggal dunia


BATU PAHAT: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan kereta dengan lori di Kilometer 123.6 Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan meninggal dunia.

Mangsa seorang wanita warga Vitenam yang juga penumpang kereta BMW meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) menjadikan semua mangsa dalam kenderaan itu maut.

Terdahulu, tiga daripada mereka termasuk pemandu kereta warga tempatan serta dua wanita warga Vietnam meninggal dunia di lokasi sejurus kemalangan berlaku sekitar jam 8.15 malam.

Keadaan kereta BMW selepas kemalangan mengorbankan semua pemandu dan penumpang di KM 123.6 Lebuh raya PLUS, dekat Yong Peng malam tadi. – Foto BOMBA

Namun, setakat ini, identiti semua mangsa yang maut masih belum diperoleh.

Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 malam.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dikerah ke lokasi sebaik menerima maklumat itu.


Pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit

“Bomba tiba di lokasi pada 8.40 malam bersama sebuah jentera sebelum memulakan operasi menyelamat mangsa.

“Terdapat empat mangsa tersepit dalam kereta terbabit namun tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya lagi, pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan operasi ditamatkan pada jam 9.59 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini