comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa keempat nahas kereta rempuh tiang elektrik meninggal dunia

KLUANG: Seorang lagi mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki bersama tiga rakannya melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam ke Simpang Renggam di sini malam tadi disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata mangsa, Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21, meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam 11.30 malam menyebabkan dua mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Ziyad Azmi dan Ahmad Manan Zaini masing-masing berumur 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, 21 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 11.45 malam.

Sebuah jentera bersama 14 anggota dari Balai Bomba Renggam diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Shoromi Salih dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba mendapati semua 4 mangsa tersepit dalam kereta, dua daripadanya disahkan maut. manakala seorang penumpang mengalami kecederaan kritikal dan seorang lagi parah, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini