comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa lemas Sungai Tembeling ditemui pada kedalaman 18 meter

JERANTUT: Mayat kanak-kanak berusia 12 tahun yang lemas di Sungai Tembeling dekat Kampung Kuala Sat dekat sini, ditemui jam 3.00 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kassim jasad murid Sekolah Kebangsaan Kuala Sat, Mustaqim Rizman dijumpai pada kedalaman 18 meter dan 20 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan oleh arus deras petang, semalam.

“Mangsa bersama lima rakannya telah mandi di Sungai Kuala Sat dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut telah dihubungi berkaitan kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan sejurus menerima maklumat kejadian pada jam 4.20 petang semalam oleh pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Kuala Tembeling, pihak bomba, penduduk tempatan, anggota Angkatan Pertahanan Awam, nelayan sungai dan persatuan bot,” katanya.

Katanya, operasi ditangguhkan pada jam 7.10 petang semalam kerana keadaan gelap dan operasi bersambung pada jam 9.30 pagi tadi.

“Pihak bomba telah membuat operasi pencarian di kawasan tempat mangsa disyaki lemas dengan menggunakan ‘grappling iron’ dengan menggunakan perahu orang awam.

“Mayat mangsa dibawa dari tempat kejadian ke Unit Forensik Hospital Jerantut, hasil bedah siasat mendapati mangsa disahkan mati akibat lemas oleh pegawai perubatan hospital dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini