comscore
Tumpuan :
Nasional

Maut ketika jalani latihan menyelam 

Foto hiasan

ALOR SETAR: Seorang wanita dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Payar, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mangsa yang berusia 43 tahun itu dari Kajang, Selangor.

Beliau berkata, pada jam 2 petang semalam, petugas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan kepada Balai Polis Langgar berhubung kematian wanita terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke hospital.

“Berdasarkan siasatan, mangsa ketika itu sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di perairan Pulau Payar sebelum dia dipercayai lemas,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Loading...
Terkini