comscore
Tumpuan :
Nasional

Maut tersedut asap, punca kematian 3 beranak 

BALIK PULAU: Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini pagi semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, anak lelaki Muhamad Ibrahim, 33, dan anak perempuan Rahbiah Jasmin, 20, mendapati semua mereka meninggal dunia akibat tersedut asap.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau mendapati semua mangsa meninggal dunia disebabkan ‘Smoke Inhalation’ (tersedut asap),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, seorang ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini