comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat disimen mungkin dibunuh lebih setahun lalu – Polis

SHAH ALAM: Polis tidak menolak kemungkinan mayat wanita yang ditemukan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, Klang telah dibunuh lebih setahun lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pihaknya mengesyaki dua suspek lelaki yang sedang diburu adalah individu yang bertanggungjawab menyimen kolah mandi di rumah terbabit.

“Ya (kemungkinan dibunuh lebih setahun). Bagaimanapun semua yang berkaitan dengan kes ini masih dalam siasatan polis.

“Dua suspek yang diburu ini menyewa (rumah sewa berkenaan) dari tahun 2019 sehingga tahun 2021.

“Mereka ini (suspek) yang dsyaki simenkan kolah mandi (di rumah sewa itu),” katanya.

Hussien dalam kenyataan semalam mendedahkan polis sedang mengesan dua suspek lelaki warga asing yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Manjeet Singh kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Dalam pada itu katanya, identiti wanita berkenaan masih dalam siasatan memandangkan proses bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Shah Alam.

Setakat ini katanya, polis sudah merakamkan keterangan tiga individu termasuk pemilik rumah sewa.

Sementara itu seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan.

Perintah reman sehingga Isnin depan itu dibenarkan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas permohonan dikemukakan polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek berusia 53 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.47 pagi dengan diiringi anggota polis.

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini