comscore
Tumpuan :
Nasional

Melampau sangat, merendahkan dan menjejaskan keselamatan saya – Jurutol

Tangkap layar video tular

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Seorang jurutol yang dimaki dan dihina seorang lelaki tempatan ketika bertugas di Plaza tol Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke) Segambut kira kira jam 11.15 malam Ahad lalu, bertindak membuat laporan polis.

Mangsa Muhammad Azril Haiqal Mohd Azman, 23, ketika dihubungi BuletinTV3 memaklumkan, kejadian bermula apabila pemandu terbabit diminta untuk menggunakan lorong debit kerana baki Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi.

Namun semasa pemandu berkenaan menukar lorong, dia bertindak berundur dan terus meluru ke arahnya untuk membayar caj tol menggunakan wang kertas serta memakinya.

“Apabila saya ingin ambil duit tersebut, dia mula memaki saya. Pada mulanya saya tidak sempat merakam, pemandu ada cakap ‘kau buat apa dalam ni makan gaji buta, menyusahkan orang tak reti nak tolong orang ke apa’ dia cakap macam tu.

“Selepas itu dia cakap ‘kau ni bodohlah,menyusahkan orang’. Kemudian apabila saya mula rakam terus dia cakap nak lempang saya dan kata ‘orang bodoh je kerja tol ni’,” ujarnya.

Susulan kejadian berkenaan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segambut dan IPD Sentul kira kira jam 3 petang kelmarin.

Tambahnya lagi, memang dia tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ketika bertugas, namun disebabkan sudah kerap kali berdepan kejadian seumpama itu, membuatkan dirinya memberanikan diri merakam perbuatan tidak beradab itu.

“Kalau ikutkan kami tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, namun disebabkan kitorang dah kena macam tu banyak kali. Ramai sangat pengguna macam ini dan memang dah tak terakam.

“Ini saya terdetik untuk merakam sebab dia dah melampau sangat macam merendahkan saya dan menjejaskan keselamatan saya. Saya buat laporan pun atas keselamatan diri dan ingin memberi pengajaran kepada yang lain,” ujarnya lagi.

Kejadian tersebut dimuat naik abang mangsa di laman X, hingga tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini