comscore
Tumpuan :
Nasional

Maki hamun jurutol, identiti pemandu Honda dikenal pasti polis 

Foto tular

KUALA LUMPUR: Susulan insiden seorang pemandu memaki hamun dan mengugut seorang jurutol lelaki di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, Ahad lalu, polis sedang mengesan lelaki warga emas terbabit.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pihaknya sudah menerima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.15 malam itu.

“Kejadian berlaku apabila suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic tidak dapat melepasi palang tol memandangkan baki Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi.

“Jurutol memaklumkan boleh membuat bayaran menggunakan kad debit namun perkara itu menyebabkan suspek naik berang. Kemudian berlaku seperti video yang diviralkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Jelas Rusdi, pihaknya sudah dapat mengenal pasti identiti suspek melalui semakan nombor pendaftaraan kenderaan yang dipandu suspek dalam kejadian itu.

“Pemeriksaan terhadap pemilik kenderaan didapati sama dengan identiti suspek yang dikenal pasti iaitu seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

“Kita akan tangkap dan kesan suspek menggunakan pasukan operasi,” katanya.

Menurut beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki bertindak memaki-hamun jurutol gara-gara tersekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai TnG.

Menerusi video berkenaan, pemandu terbabit memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau TnG sahaja.

Akibat terlalu lama pemandu berhenti di lorong plaza tol, jurutol kemudian menerima wang tunai sebelum dimarahi lelaki warga emas berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini